
Top up akaun ONEXOX anda
Top up hanya boleh dilakukan selepas berjaya membuat panggilan pertama setelah selesai pendaftaran akaun prabayar anda.
Anda boleh membeli top up daripada mana-mana pengedar sah ONEXOX dan pusat-pusat jualan yang dilantik melalui:
a. E-recharge daripada pengedar-pengedar sah ONEXOX.b. Slip top up/kod elektronik XOX daripada semua terminal e-pay, MOL (Money Online) dan 7Eleven.
c. Top up menerusi portal Self Care
Top up akaun prabayar anda menerusi:
USSD
a. Top up akaun sendiri: dail *132*1*<Pin kod 16-angka>#
b. Top upkan akaun teman anda: dail *132*1*<Pin Kod 16-angka>*<nombor telefon>#
Contoh: *132*1*<Pin Kod 16-angka>*010300XXXX#
SMS
Top up akaun sendiri: taip REC<jarak>PR<jarak><Pin Kod 16-angka> dan hantar ke 22111
Panggilan
Dail 13322 dari nombor ONEXOX anda.
Status akaun anda
A | Didaftarkan | = | Kitaran akaun prabayar bermula disini. |
Aktif | = |
Status bertukar menjadi AKTIF apabila telah memasukkan SIM kad ke dalam telefon dan panggilanpertama berjaya dibuat. *Top up hanya boleh dibuat selepas berjaya membuat panggilan pertama.
| |
B | Digantung | = |
Status bertukar menjadi DIGANTUNG selepas tamat tempoh aktif. Didalam tempoh ini, panggilan keluar dan penghantaran SMS tidak dibenarkan kecuali membuat panggilan ke nombor-nombor kecemasan dan hanya boleh menerima panggilan serta SMS sahaja.
|
C | Disekat | = |
Status bertukar menjadi DISEKAT selepas 30 hari digantung. Didalam tempoh ini, panggilankeluar/masuk, penghantaran/penerimaan SMS tidak dibenarkan kecuali membuat panggilan ke nombor-nombor kecemasan sahaja.
|
D | Ditamatkan |
=
|
Akaun prabayar DITAMATKAN selepas 30 hari disekat dan nombor telefon dilupuskan.
|
E | Didaftarkan | = | Kitaran akaun prabayar bermula disini. |
Tiada Status | = | Apabila tidak memasukkan SIM kad ke dalam telefon atau tidak membuat sebarang panggilan setelah akaun didaftarkan. | |
F | Ditamatkan | = |
Akaun prabayar DITAMATKAN setelah gagal memasukkan SIM kad ke dalam telefon atau membuat sebarang panggilan selepas 30 hari akaun didaftarkan. Nombor telefon dilupuskan.
|
Jadual 1 (jika tidak membuat sebarang top up didalam tempoh AKTIF 30 hari)

Jadual 2 (jika tidak memasukkan SIM kad ke dalam telefon atau tidak membuat sebarang panggilan selepas pendaftaran akaun)

Tempoh sah yang panjang sehingga 368 hari!
Tempoh sah akaun anda akan terkumpul secara automatik setiap kali anda membuat top up; dan ianya boleh membawa sehingga 368 hari! Ini bermakna tempoh sah yang baru hanya akan bermula daripada tarikh luput tempoh sah top up yang dibuat sebelumnya. Ikhlas daripada kami tanpa caj-caj tersembunyi.

Pertanyaan baki kredit
Anda boleh menyemak baki kredit dengan 3 cara:
USSD
Dail *132#
SMS
Taip BAL dan hantar ke 22111
Panggilan
Dail 13322 dari nombor ONEXOX anda dan terus mendapat notifikasi baki.
Cara melanggan pelan internet mudah alih
SMS
a. Pelan RM3/1hari (100Mb): taip DATA<jarak>D3 dan hantar ke 22111
b. Pelan RM18/30hari (300Mb): taip DATA<jarak>M<jarak>XD18 dan hantar ke 22111
c. Pelan RM38/30hari (1Gb): taip DATA<jarak>M<jarak>XD38 dan hantar ke 22111
d. Pelan RM68/30hari (3Gb): taip DATA<jarak>M<jarak>XD68 dan hantar ke 22111
Menambah kuota data
Anda boleh menambahkuota data pada bila-bila masa semasa berada di dalam tempoh langganan sekiranya kuota data yang diperuntukkan tidak mencukupi.
SMS
a. Untuk menambah sebanyak 100Mb data: taip DATA<jarak>ADD<jarak>100 dan hantar ke 22111
b. Untuk menambah sebanyak 200Mb data: taip DATA<jarak>ADD<jarak>200 dan hantar ke 22111
c. Untuk menambah sebanyak 300Mb data: taip DATA<jarak>ADD<jarak>300 dan hantar ke 22111d. Untuk menambah sebanyak 1Gb data: taip DATA<jarak>ADD<jarak>1GB dan hantar ke 22111
Batalkan fungsi penyambungan langganan secara automatik
Untuk kemudahan anda, langganan pelan data yang sama akan disambung secara automatik (kecuali pelan RM3) sebaik tamat tempoh langganan. Walau bagaimanapun, anda boleh membatalkan fungsi ini selepas setiap kali melanggan pelan data yang baru.
SMS
Taip: DATA<jarak>OFF dan hantar ke 22111
Membuat panggilan dail terus antarabangsa dari Malaysia (IDD)
Dail: 00<Kod Negara><Kod Kawasan><Nombor Telefon>
Perayauan antarabangsa (Roaming)
Terdapat 2 cara untuk membuat panggilan antarabangsa semasa berada diluar negara
Kod Ringkas
Dail: *136*<Kod Negara><Kod Kawasan><Nombor Telefon>#
Contoh: *136*6010300XXXX#
Dail Terus
Dail: +<Kod Negara><Kod Kawasan><Nombor Telefon>
Contoh: +6010300XXXX
* sila pastikan anda mempunyai RM15 baki kredit minima untuk membuat atau menerima panggilan semasa diperantauan.
1800 SMS percuma
Pelanggan setia berpeluang mendapat kuota 150 SMS percuma setiap bulan selama 12 bulan!
Terma & syarat:
hanya ke talian ONE X dan XOX sahaja
kuota pertama diberi sebaik sahaja memasukkan SIM kad ke dalam telefon selepas pengaktifan langganan
kuota seterusnya diberikan pada awal setiap bulan
pastikan langganan anda aktif pada awal setiap bulan
kuota yang tidak habis akan dibawa ke bulan seterusnya
Panggilan video 3G
anda boleh membuat panggilan ini dengan memilih 'Video Call'
panggilan ini hanya terdapat dikawasan liputan rangkaian 3G sahaja
fungsi ini hanya terdapat pada telefon bimbit 3G
Perkhidmatan Petisuara
Perkhidmatan ini membolehkan pemanggil meninggalkan pesanan suara apabila anda sedang berada didalam talian, tidak dapat dihubungi, berada diluar kawasan liputan atau tidak dapat menjawab panggilan.
Untuk mendengar pesanan suara daripada telefon bimbit anda:
Dail: 13120 atau 1313Caj:
30sen/min : Waktu sesak (7am-6.59pm):
15sen/min : Waktu tidak sesak (7pm-6.59am)
IVR (Interactive Voice Respond)
Sistem interaktif tindakbalas suara dan penyampaian maklumat perkhidmatan menerusi SMS adalah dalam bahasa Cina.
Untuk menukarkan bahasa:
SMS
a. Ke Bahasa Inggeris: Taip LANG<jarak>ENG dan hantar ke 22111
Untuk bantuan bagaimana menukarkan bahasa:
SMS
Taip: LANG<jarak>HELP dan hantar ke 22111
Nombor-nombor Kecemasan

Langgan:
Catatan
(Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan